10.17.2011

habisnya sajak

suatu hari nanti aku akan lihat ke belakang dan tertawa
semua yang berlaku adalah manis masam pahitnya dunia

aku sudah buktikan apa aku ucapkan dulu
aku tak lemah untuk melutut merayu
aku kirim senyuman manis untuk kau dan dia
lalu berjanji menjadi kawan kau yang setia

bila aku mula melangkah
kau mula rasa goyah
kelakar bukan?
dia kau ada, aku kau inginkan
kau mahu bukan sekadar kawan
kau lupa kau yang tamatkan?
kau celaru, kau keliru. barangkali
aku disini tetap tak pergi
hadir sebagai sahabat yang setia disisi


teruskan dongeng ini sehingga sang penyair kehabisan sajaknya
picisan romantis untuk kau sudah tiada
noktah.

6 ulasan:

Rusa berkata...

tamak kan dia? bila kita nak melangkah dia berhentikan langkah kita . kononnya masih ada dia untuk kita. tapi aku tetap langkah, dan berhenti menjadi kawan, sbb aku masih punya hati untuk dia. dan aku selalu doa. Tuhan, jagakan dia selalu untuk aku.

Pembunuh Tanpa Bayang berkata...

sana suka sini pun dia mahu
tamak?

ya barangkali dia tamak
kalau boleh,semua dia mahu
jadi kepunyaan sendiri.

ghost berkata...

kau bikin aku tersenyum dengan puisimu.aku tiba-tiba melihat pada diri ku sendiri.cukup.aduh.

takoC berkata...

NA : biar dia tetap dekat walau dari jauh melihat. rasa sayang aku kuat. sayang itu telah pun bertukar statusnya,syukur aku mampu.

pembunuh tanpa bayang : dia mahu berganda. tak mahu sepi walau sesaat.

ghost writer : aku tak mahu laluinya lagi. cukup. aduh :)

Dreamer berkata...

Bole tertawa sendiri baca puisi ko yang satu ni. Macam lihat diri aku yang lama. Sakitnya cukup menduga sampai aku dah betul2 tak ingat bagaimana rasanya.. Segera batukan hati kau... :)

takoC berkata...

sudah membatu untuk dia. takkan mencair lagi. :)