10.10.2011

asap malam tadi

malam tadi.
asap-asap kembali.
tak dipaksa diberi.
sepenuhnya sudi sendiri.
sebatang dan tangan memetik api.
kuyu lemaunya hari bertukar warna.
tetiba teringat janji lama.
tidak akan sentuh racun binasa.
apa guna janji kalau tak dimungkiri.
bukan itu selalu kau aku dia semua lakukan?
masing-masing penipu.
masing-masing pendusta.
diam, kenang, rasa palat menghantui.
ambil. sebatang lagi.
ketawa dan gembira.
untungnya punya sahabat.
tempoh singkat namun rapat.
lama yang jauh tapi dekat.
ada berbeza fitrah, pelbagai cela.
wujud mereka hidup terbentuk sempurna.
senyum hati melompat ria.
terima kasih sahabat suka duka.
dan sekali lagi.
gila.
penuh ruang malam dengan asap sengsara.
tak peduli. mahu lagi lagi dan lagi.
seperti ingin membunuh diri.
gerombolan asap dicipta seni.
satu, dua sampai angka lima.
kepala goyang, kaki menari-nari.
asyik amat.
nada hati berlagu nikmat.

tik ! tik ! terdetik.
BERHENTI !!
fikir untuk fikiran.
fikir untuk dalaman.
asyik itu dimatikan.
sudah-sudahlah.
jangan jadi tegar hanya kerana malam tadi.
malam tadi hanya malam tadi.
jangan biar berulang lagi.
jangan diambil ubat tenang pembawa mati.
oleh itu mari berjanji.
janji pun diperharui.
akan cuba tanam di sanubari.
senyum lebar menjadi sinis.
mungkinkah azam akan menipis?
janji yang mungkin dimungkiri.
ketawa geli hati.
tak peduli.
sungguh tak peduli.

(malam 5 september 2011- perpisahan persahabatan dua bulan)

semua kenangan kembali. diiringi tembakau berapi.

Tiada ulasan: