5.16.2012

backpacker

merdekakan kita
jika diizin tuhan untuk lanjutan usia
ingin aku membelek dunia
merancang pengembaraan untuk hari-hari remaja kelak
setiap yang ada di samudera
setiap terbentang di jagad raya
mahu contengkan dalam sebuah nota

merdekalah kita
menjadi manusia luas jiwa minda
selami kebebasan dibumi sfera
berpenghujung tiada

impiannya keserata dunia dengan berbekalkan satu beg sahaja

3 ulasan:

a n berkata...

wahh..menarik idea itu. aku pun teringin juga ingin terbang ke serata sambil kutip segala isi alam untuk jamahan mata:)

nina berkata...

aku juga pasang impian ingin jadi backpacker. keliling satu dunia, selami setiap lautan.

takoC berkata...

ana dan ninaaa : satu hari nanti kalau berjodoh, mari kita ber"backpacker" bersama. keliling serata alam dan karyakan. tak mustahilkan? ^,^