dia menghentak keras tulang dada perisai hatinya dengan buku lima. Menekup muka dengan bantal lagaknya seperti pasangan kemaruk asmara.
"argghh.. pedih !!" ke kiri kanan dia membentak namun gagal perlahankan sakit jiwanya.
"HAHAHA!. padan muka !" ejek Ty. Ty memerhati sambil ketawa diiringi kepulan asap berupa tiada.
Dia memandang simpati namun Ty tak peduli.
Perlahan Epi menyapa. "sudahlah. pedih ini sementara. aku kan ada". Jemari kasar Epi pantas memujuk dada disakitkan tadi.
"mereka persetankan aku, asyik persoalkan hati mereka tercalari. Tak sedar hati aku perlahan mati disini. Fikirnya aku boneka?! Tersenyum hanya melihat dunia tanpa punya rasa apa-apa?" ucap dia penuh kecewa.
Ty memandang sinis berulam tawa.
Epi bangkit lalu jerit "DIAM!" urat hijau dileher Epi tegang.
"barangkali kau lupa pesanan aku. Perihal dahulukan dulu hati kamu. Heronya kau mahu jaga semua sehingga mereka memijak kepala. Aku kenal benar persis dalammu,
tak mampu menolak, tak tahu memberi."
Ty menyampuk "Selayaknya kau dimaki. tak mampu tapi mahu. HAHAHA! kali ini Ty ketawa besar.
seperti ditimpa batu, dia membisu kaku.
Epi gegas ke arah Ty, satu tendangan padu dilepaskan.
Ty tersungkur kemerahan. Tercengang dia dan Ty melihat Epi sebegitu rupa. Perlahan Epi beransur pergi sambil menoleh belakang seraya berkata "bertahan. aku sentiasa ada untuk hapuskan pedihnya rasa. kita lewati bersama. itu janjiku."
Dia terharu. Dia bangkit mengejar Epi lalu tinggalkan Ty sendiri.
5 ulasan:
ternyata Dia lebih tegar memilih Epi.
aku pikir Epi itu adaalah kau..persis hero..haha
boleh tahan si Epi
ana : macam best kalau sememangnya aku hero seperti Epi. haha
bobok : Epi satu dalam berjuta. bagus kalau ada Epi
Epi seperti nama ex aku.
buat aku rasa nak hina.
haha.
jgn risau syg.aku pasti update selalu
demi kau.
caci saja Epi. sebab aku lagi suka Ty. haha
romantik sangat sayang ni. wakaka :D
Catat Ulasan