4.11.2012

sesal

kesal
bila apa yang aku genggam terlepas pelan-pelan

menyesal
genggaman aku dilepas tanpa pertahan semana hati aku mahukan

penyesalan
menyaksi genggaman itu bertukar tangan lalu dibawa pergi merobek hati

seribu kekesalan
bilamana mengingati pertama kali aku mengukir senyuman menerima genggaman membuat hati berdebar tak keruan lalu sekelip saja ia membelakangi lalu pergi menggenggam yang lain

takkan mampu sesal
kerana hati ini sendiri memilih untuk mencinta walau sedalam mana parah nanahnya diluka masih lagi rindukan dia

:) senyum untuk momento singkat kita. glasias.

6 ulasan:

ghost berkata...

sampai sekarang pun kau masih mampu bertahan. bukan kah itu dah cukup?

Rusa berkata...

takpe untuk hari ni kau masih mampu bertahan. lama2 dia lali, dia hilang. sabar

noir berkata...

permaianan hati. kita selalu kalah.

takoC berkata...

ghost : sekadar cukup itu buat rasa semakin kesal. -.-"
NA : harap butang DELETE ada. baru cepat senang hati. mungkin :P
ahmadnasaiemdnor : itu pasti. kekalahan takkan lari. :)

a n berkata...

kalau kau masih dapat senyum, okey lah 2. ada orang masih lagi rasa sesal.

takoC berkata...

ana :kalau dibukukan sesal, rasa sedih menyelubungi diri. senyumlah ana untuk kesakitan yang pernah kita rasa :)