4.17.2012

rambang

aku manusia biasa
melihat mereka dari kacamata kasar
setiap yang dijalani
setiap yang dirasa
mereka pampangkan dengan cetakan muka berbeza
bila gembira muka itu
bila sayu muka ini
aku cuma memerhati
lalu dicernakan disini
tapi cernaan itu yang pilu semata-mata
kenapa?

kerana yang pilu itu tak berteman
tiada mahu peduli
dan aku terus menerus perhati
mencoret untuk dikongsi
menyelaminya dengan indah
memamah pilu dan gundah

tanpa seseorang, kau bukan sendiri, masih punya mereka

2 ulasan:

a n berkata...

kau kena cari teman.

biar pilu bersendirian.sebab dia ada dunia dia sendiri.

aku suka coretan kau. sedap untuk disantap.terus menulis.

takoC berkata...

disini cara mencari teman berkongsi segala rasa. :). trimas. insyaallah aku akan terus menulis.