4.16.2012

A.K #1

sahabat
bila kau jatuh, aku tekad terpacak digarisan
seingin mana kau paksa
semahu mana kau panggil
aku masih tak beranjak
bukan tak peduli
cuma mahu sedarkan
salah kau dalam mencinta
terlalu mengagungkan
terlalu menyakitkan
disimpul menjadi dendam berapi
perlahan kita hadapi
mula kau sedarkan diri

sahabat
bila aku jatuh, kau melihat
memandang tepat ke bebola mata
aku mula berlari dan kau diam tak mencari
kau tahu aku perlu sendiri
kau yakin aku akan terubati

kerana kepercayaan itu kita terikat
masih ketawa, mencaci, bergasak
dalam membukukan karya sahabat terhebat

2 ulasan:

a n berkata...

aku selalu terjatuh.tapi aku tak pernah percaya pada sahabat.tiada sahabat dlm hidup aku.

takoC berkata...

mungkin ada yang mahu menghulur bangunkan kau, tapi kau tak melihatnya. jangan selalu sendiri kawan :)