12.27.2012

white flag

seperti hantu
ia muncul sekilas
belum sempat diamati
pantas berlalu pergi

lewati waktu bermimpi
tiada lagi tertinggal
puas diimaginasi
kerah khalayan tertinggi
akhirnya cuma noktah bertebaran
tidak bermelodi

kelumpuhan mula terasa
mungkin telah tiba saatnya
untuk aku berhenti
menzahirkan tersembunyi

layangan kain putih
dipacak disini
terkuburkah soalnya aku waktu ini?

white flag flying in the sky above

11.16.2012

bunga

bisikan dihembus sayu
sebutir sepatah bicara didengar
mengharap kau sedar
kembali mekar wahai sang mawar

kelopak merah yang layu itu
disirami titis-titis salju
mengharap kau sedar
kembali mekar wahai sang mawar

betapa ramai mengharap
berganda lagi yang terluka
sememangnya kau takkan sedar
makin kering di tepi kamar

kita sama

9.27.2012

S.U.R.G.E.R.Y

maaf
kau akan ditarah untuk kedua kalinya
kerelaan aku membiarkan kau terluka
hanya mengimpikan kebaikan bersama

mohonku padaMu Tuhan
lalukan ia dengan tenang
seperti mana waktu pertamanya
sakit tak terasa
tinggalan hanya parut berbunga

dan pintaku Tuhan
ini yang terakhir
sungguh aku tak bisa
mendapat khabar meresahkan
dari insan mulia bersenjata

moga semua kan baik-baik saja :)

9.03.2012

C:


satu sebab untuk sedih,
tak perlu sebab untuk gembira.
pelangi tetap berpayung untuk kita,
walau tak kelihatan di mata

7.31.2012

wiseman

kalau kau tak pasti
kau diburu keliru
dan mereka masih menyesak dengan pelbagai harapan
biarkan
biar tiada jawapan
buntukan
dari berlaku  kesilapan di sore nanti
itu jalinan terbaik
di waktu itu
untuk kau dan mereka

tiba masa kau bersungguh pasti!!
kau dan sesiapa jua punyai kimia
itu waktu tepat bersuara
lalu redhalah setiap apa pertemuan
setiap apa perpisahan
kerana kita tak sempurna
kita tak selama di dunia

we smile, we laughing, we cry, and we die

7.28.2012

waktu percuma

jika punya waktu percuma
akanku kota mahuku
berlari di rumput menghijau
rasakan jernih embunan dengan sentuhan
membisikkan alunan tali yang dibelai jemari
sambil lihat jelitawan terbang menyanyi
dibuai halus mainan imaginasi

lalu perlahan melabuhkan badan
diam menjauhkan pandangan
udara dimamah dalam, rapat mata dipejam
ianya asyik

walau seminit dua bahagia
tetap waktu percuma berharga
itu yang aku impikan
itu yang aku citakan

somewhere over the rainbow

7.05.2012

semua sama!

cuba diam
dari terjerat ke dunia mereka
tak pernah terhenti
membisikkan racun agak berbisa

pertahankan
sekali mana kau beri penawar
mereka lagi percaya 
yang sakit, yang menusuk
bukannya palsu

kerana lumrah manusia
tak melihat dengan mata

semua penipu, semua pendusta

7.02.2012

jangan dadukan

pilihan?
kau atau dia?
benci atau cinta?

bila ada pilihan
satu akan terkorban

kenapa wujudnya pilihan?
untuk perlihatkan keputusan
tepat bahagia
atau
salah merana

jangan kau baling dadu, caturkan hidupmu

6.28.2012

rock n roll

bergembiralah
terbang atas kau pergi
jatuh menyembah bumi
makin bawah kau pergi
jatuh tersembam bumi

sampai saat dia tahu
dia takkan berpusing arah
menghabiskan sisa bersama
lalu kau mahu pergi

menangislah
ia takkan menidakkan kebenaran
segalanya yang kau lakukan
semestinya kau harus pergi

oh oh oh

6.21.2012

mungkin saja

kemungkinan itu harapan palsu
kau tahu
berjuta kali aku ungkap
bukan benar aku maksudkan

kemungkinan adalah harapan palsu
kau tahu
acap kali aku sebut
hanya kerana aku lelah

mungkin jumpa
mungkin bersama
mungkin segalanya
dengan bibir terserong kekiri
tanpa salah, aku katakan lagi
mungkin

:)

6.09.2012

bisik semut merah

terpacak di bawah awan
yang membuntingkan jutaan titisan
mengadap takdir
yang berputar pelan
ditemani semut-semut merah
mengusung makanan
lalu aku culik seekor
wajah kosong dipampan

"hei manusia !
yang lalu biarkan sudah, anjaklah ke depan
yang pernah tak terubah, itulah pengajaran!"

semut merah berbisik
"eh??"

5.27.2012

suicide

sakit ini tak terubat
pedih ditampung sarat
tak siapa mengerti
langsung tak disisi

sampai satu ketika
kepala dihempas membenam bumi
berharap semua deria kan mati
untuk sesaat

5.26.2012

mengapa tanya?

ditanya matahari mengapa suram
ditanya awan mengapa kelabu
ditanya bulan mengapa malap
ditanya bintang mengapa hilang

yang bertanya sebenarnya mengapa
kerana....

matahari memancar sinar
awan berarak biru
bulan menyuluh terang
bintang berjuta terpampang

tak perlu bertanya sesiapa, kerana jawapannya pada diri sendiri

5.18.2012

kisah DIA

dia menghentak keras tulang dada perisai hatinya dengan buku lima. Menekup muka dengan bantal lagaknya seperti pasangan kemaruk asmara.
"argghh.. pedih !!" ke kiri kanan dia membentak namun gagal perlahankan sakit jiwanya.

"HAHAHA!. padan muka !" ejek Ty. Ty memerhati sambil ketawa diiringi kepulan asap berupa tiada.
Dia memandang simpati namun Ty tak peduli.
Perlahan Epi menyapa. "sudahlah. pedih ini sementara. aku kan ada". Jemari kasar Epi pantas memujuk dada disakitkan tadi.

"mereka persetankan aku, asyik persoalkan hati mereka tercalari. Tak sedar hati aku perlahan mati disini. Fikirnya aku boneka?! Tersenyum hanya melihat dunia tanpa punya rasa apa-apa?" ucap dia penuh kecewa.

Ty memandang sinis berulam tawa.
Epi bangkit lalu jerit "DIAM!" urat hijau dileher Epi tegang.
"barangkali kau lupa pesanan aku. Perihal dahulukan dulu hati kamu. Heronya kau mahu jaga semua sehingga mereka memijak kepala. Aku kenal benar persis dalammu,
tak mampu menolak, tak tahu memberi."
Ty menyampuk "Selayaknya kau dimaki. tak mampu tapi mahu. HAHAHA! kali ini Ty ketawa besar.

seperti ditimpa batu, dia membisu kaku.
Epi gegas ke arah Ty, satu tendangan padu dilepaskan.
Ty tersungkur kemerahan. Tercengang dia dan Ty melihat Epi sebegitu rupa. Perlahan Epi beransur pergi sambil menoleh belakang seraya berkata "bertahan. aku sentiasa ada untuk hapuskan pedihnya rasa. kita lewati bersama. itu janjiku."
Dia terharu. Dia bangkit mengejar Epi lalu tinggalkan Ty sendiri.

5.16.2012

backpacker

merdekakan kita
jika diizin tuhan untuk lanjutan usia
ingin aku membelek dunia
merancang pengembaraan untuk hari-hari remaja kelak
setiap yang ada di samudera
setiap terbentang di jagad raya
mahu contengkan dalam sebuah nota

merdekalah kita
menjadi manusia luas jiwa minda
selami kebebasan dibumi sfera
berpenghujung tiada

impiannya keserata dunia dengan berbekalkan satu beg sahaja

5.15.2012

sekian.selamat

kesekian kalinya. satu pesanan lagi
aku baca lalu menolak tepi
resah kembali. fikiran melayang pergi
kembali ke masa lalu. haihh..
keluhan takkan henti
untuk penyesalan yang tak ada
salah itu bukan dari kau
tapi aku sendiri
tegar aku tak mahu kembali
walau untuk apa jua ikatan
takkan sekelumit aku menoleh sipi

sekian

5.11.2012

hujan ada lagi

kerusi dilabuh ditepian jendela
ligat mata meliar dicelah jeriji berkaca
cakaran langit hamparkan rasa duka
tiupan angin hembuskan rasa hiba
terpana

wajah dirasa hangat
senyum terukir
mata terkedip-kedip
gerimis dipenghujung mata
bayang dari tetingkap bertanya
kau sakit?
lagi?

:/

5.06.2012

manusia bodoh

hampir dua purnama berlabuh
merangkak pelan aku maafkan
salah kau aku lebur, mencipta ruang untuk bernafas
untuk kita 

dengan sahabat aku wartakan
kita mula bercanda semula
terkedu, nafas itu sedetik sahaja
mereka khabarkan bukan satu 
ianya dua tiga kau bahagikan cinta
siapa aku celaka?

dan mereka berkata lagi
sebab itu mereka diam
aku takkan mampu membenci
cuma menyakitkan jiwa sendiri

kau menang, kau hebat :')

4.30.2012

pelayaran solo

biarkan aku seorang
bukan hal serius
aku lakukan sendiri
kau tak perlu peduli
dan tiada apa yang mampu kau lakukan

diizinkan melihat mendengar
jangan terlintas di laluan ini
aku ingin sendiri
jangan pernah kau peduli
masih tiada apa yang mampu kau lakukan

mengembara mencari erti hidup

4.26.2012

hilang

bila punya persahabatan
semahu mampunya kita ingin kekalkan
bila emosi ditekan
bila ego berlawan
bila kebodohan dipuncak
tertinggal hanya hati rabak

cukup ! aku kehilangan kamu.
semoga dimasa depan takkan lagi terhilang kawan

kalau tak membiarkan dikuasai emosi dan perasaan mungkin kita masih lagi seperti dulu :/

4.20.2012

jangan sedarkan

bayang yang selalu menemani
mendamaikan malam berlalu
setiap angan
mententeramkan tidur diulit mimpi
aku takkan merasa
bahawa kau tak lagi disisi

tetap terasa hangat
nyaman membaluti hati
biarkan terus begini
jangan kembalikan waras itu

kewarasan kecamukkan lagi perasaan

4.19.2012

cerita serius

suasana agak tegang, kedengaran naik turun nafas laju.
perbualan rancak sebelah pihak. 
terkebil kekalutan seorang asyik hanya memasang telinga.
dan....

A : "i think you dont ready yet for your interview session. 
you seem uncomfortable, your hair look messy. 
the way you dress look like you wanna go to an audition and you yourself look like not interested with this job offer."

gagap. terlalu banyak perkataan berlegar dikepala, 
dipaksa turun untuk diludahkan namun hanya sekelumit berjaya terkeluar. tik tok tik tok. senyum.

A : "what can i conclude about you is..... you are the simple person with simplest mind thinking. you quite something but you dont seem to know what exactly that you wanna be. i'll give you chance. by next week show me your enthusiasm for this offer. i hope to hear your spirit calling me."

oh. baru aku sedar. kegilaan apa aku buat. 
berbudi tinggi perempuan sepet matanya itu. 
kenapa tidak dimaki dinafikan saja aku lalu masih melihat walau telah ditetapkan merit penilaian dimatanya. 
terharu. 

=D : "22. masih waktu untuk bersahaja"
=O : "bukanlah celaka! itu permulaan menjadi dewasa!" 

lihat cermin untuk kesekian jutaan kalinya. berbisik "tolong matang"

4.17.2012

rambang

aku manusia biasa
melihat mereka dari kacamata kasar
setiap yang dijalani
setiap yang dirasa
mereka pampangkan dengan cetakan muka berbeza
bila gembira muka itu
bila sayu muka ini
aku cuma memerhati
lalu dicernakan disini
tapi cernaan itu yang pilu semata-mata
kenapa?

kerana yang pilu itu tak berteman
tiada mahu peduli
dan aku terus menerus perhati
mencoret untuk dikongsi
menyelaminya dengan indah
memamah pilu dan gundah

tanpa seseorang, kau bukan sendiri, masih punya mereka

4.16.2012

A.K #1

sahabat
bila kau jatuh, aku tekad terpacak digarisan
seingin mana kau paksa
semahu mana kau panggil
aku masih tak beranjak
bukan tak peduli
cuma mahu sedarkan
salah kau dalam mencinta
terlalu mengagungkan
terlalu menyakitkan
disimpul menjadi dendam berapi
perlahan kita hadapi
mula kau sedarkan diri

sahabat
bila aku jatuh, kau melihat
memandang tepat ke bebola mata
aku mula berlari dan kau diam tak mencari
kau tahu aku perlu sendiri
kau yakin aku akan terubati

kerana kepercayaan itu kita terikat
masih ketawa, mencaci, bergasak
dalam membukukan karya sahabat terhebat

4.12.2012

mari calarkan

memori beransur rabak di penghujung mata
gugur satu persatu butirnya
tiada lagi gambaran diputar tayang dikepala
tiada lagi bisikan rasuk dimainkan ditelinga
dipaksa henti agar ruang amarah kapilari-kapilari urat kecil
di jantung, hati dan kepala
ditenangkan semula

percaya memori akan tercalit juga calar-calar seperti cakera padat

4.11.2012

sesal

kesal
bila apa yang aku genggam terlepas pelan-pelan

menyesal
genggaman aku dilepas tanpa pertahan semana hati aku mahukan

penyesalan
menyaksi genggaman itu bertukar tangan lalu dibawa pergi merobek hati

seribu kekesalan
bilamana mengingati pertama kali aku mengukir senyuman menerima genggaman membuat hati berdebar tak keruan lalu sekelip saja ia membelakangi lalu pergi menggenggam yang lain

takkan mampu sesal
kerana hati ini sendiri memilih untuk mencinta walau sedalam mana parah nanahnya diluka masih lagi rindukan dia

:) senyum untuk momento singkat kita. glasias.

4.09.2012

bewarnalah

berhenti seketika sedih
mula tersenyum nipis
hati yang beku
cair diterangi sinar bulan
melihat kelekatu terbang
disebalik relung cahaya
mendengar katak bersuara
memanggil manja sang rintik-rintik kekasihnya

dari kamar gelap
malam gelita tak seburuk rupa
masih bewarna indah dalam bentuknya
terasa diselimuti bintang
minda menerawang
mata dipejam
****laladalalalalada.. sing me a lullaby****


jika mimpi indah jangan segera terjaga
jika mimpi ngeri .. waaaaa :'0

3.20.2012

setiapnya permulaan

terlalu awal untuk kata, hari yang terbaik adalah terakhir
selagi hidup hari-hari itulah terbaik
dan terbaik perlu dinikmati sebagai terakhir
permulaan yang tak seberapa
pengakhiran tak jelas dimata
tempuh saja dengan tenang jiwa

terakhir itu saat jantung berhenti berdegup

1.10.2012

stalker

mungkin aku memang buta
mungkin aku sudah gila
biarlah
persetankan saja
aku tak kisah
asal ada memori
sikit pun tak apa
aku mahu hati ini menghangat merah
aku mahu jantung ini berdegup kencang
aku mahu nadi ini berdenyut pantas
bila saja melihat kau
bila saja mengingat kau
hingga mata aku terpejam

dari jauh tanpa kau sedar