11.03.2011

hantu

aku masuk ke kamar
gelap
diterangi samar-samar cahaya malam
terlihat perempuan
disudut paling tepi
menjegil mata yang merah
hodoh
dadanya berlubang
darah pekat mengotori segenap ruang
aku kenal dia
aku terkedu
udara hanyir dipenuhi soalan
longlai aku dengan jawapan

kau milik aku
mataku ingin hanya memandang kau
kau kepunyaan aku
jantungku berdetak hanya untuk kau
aku jadi begini kerana kau

lalu dia tersenyum memeluk aku
aku diam takut
basah dengan peluh
darahnya turut membasahi tubuh

gigil ketakutan

2 ulasan:

ghost berkata...

dia tidak pernah melupakan dan meninggalkan kau.

takoC berkata...

dia akan terus membayangi aku. takkan tertinggal.