12.31.2011

tak sampai

aku mahu bawa dia berlari
dari luka yang dia alami
dari duka yang dia hadapi
habiskan sisa-sisa hari tak terganti
dengan senyum dan ketawa
namun tiap kali aku cuba
anasir luar mendatang
tak tahu mana arah
membunuh setiap yang dicipta
tertinggal hanya parah

dia rasa
mahu baring atas pasir pantai
tarik aku duduk sama
renung langit biru
dan diam sampai hati yang berbicara

tapi
aku lewat ikut jejaknya
terus dia keluarkan senjata
menikam, menembak bertubi-tubi
tanpa lihat aku disini

mati

12.25.2011

manuneka

aku manusia berperasaan
hidup dalam jiwa boneka
aku manusia berperasaan
punya hati tak berwarna
aku manusia berperasaan
punya jantung tak bernyawa

siapa aku?
manusia atau boneka?
tiada diantaranya
mungkin keduanya

mahu ada sisa-sisa manusia

11.17.2011

sonata

melodi pilu
lirik melankolik
menyalur bait notnya
ke hati dan jiwa
merasuk
membawa aku hanyut
ke fantasi
segaris senyum terukir
dalam tangis

biar aku lemas

mimpi tak sempurna

dia
termenung hiba menahan rasa
hati berbelah
jiwa punah
begitu sahaja

dia terbaring sendirian
sahabat dijauhi, teman dibiarkan
hanya melihat hodoh bayangnya yang tak pergi

terkurung di jasadnya
sakit
lelah
parah
tragis bersandiwara drama ciptaan
jeliknya
tak siapa tahu

dia acap berfikir
kalaulah dia larut terpupus
dari pencinta yang gila
hikayat ini barangkali tak tereka
tak terwujud
namun..  cuma harapan menjadi mimpi
telahpun susuri jalan mati
merobek hati

tunggu kedua mata gelap. masih ingin bermimpi indah

11.15.2011

mati lagi

mencanang-canang datang
bertubi-tubi diserang
kau dan dia takkan kisah
hati aku berulang-ulang diratah
asalkan secebis aku dimiliki
kau semua pasti puas
melihat aku rebah
sambil memaki-maki
sesama sendiri
biarkan aku mati
sekali lagi
sepi

patutnya aku pupus, langsung tak perlu dikenang

11.12.2011

pilihan mana

jika campurkan milo dengan susu
takkan dapat pisahkan mereka kemudiannya
ia kekal begitu
selamanya
asap rokok yang keluar
takkan pernah masuk semula

kita takkan boleh berpatah balik
sebab itu memilih itu susah
perlu membuat pilihan yang tepat
dan selagi tiada pilihan yang dibuat
segala kemungkinan tetap ada
barangkali lisa, barangkali fazura, barangkalinya fasha
namun pilihan takkan di tangan sentiasa
sama ada kau pilih
atau kau hilang kesemuanya
yang mana ?

pilih atau tidak
hidup pasti juga bergolak

11.03.2011

hantu

aku masuk ke kamar
gelap
diterangi samar-samar cahaya malam
terlihat perempuan
disudut paling tepi
menjegil mata yang merah
hodoh
dadanya berlubang
darah pekat mengotori segenap ruang
aku kenal dia
aku terkedu
udara hanyir dipenuhi soalan
longlai aku dengan jawapan

kau milik aku
mataku ingin hanya memandang kau
kau kepunyaan aku
jantungku berdetak hanya untuk kau
aku jadi begini kerana kau

lalu dia tersenyum memeluk aku
aku diam takut
basah dengan peluh
darahnya turut membasahi tubuh

gigil ketakutan

10.21.2011

tinggi yang kosong

lelah dan tenat
angin mengamuk melampiaskan baran
awan menangis tak tertanggung beban
malam merangkak pelan-pelan

ada apa di puncak tinggi
jika nasib ternanti-nanti
bila tilik bersilih ganti
masih hidup tercari-cari

penat dah hadap
iklim buruk segeralah berlalu
tak mampu mengadap
akhirnya jemu
terbodoh dipelusuk itu
tak dipeduli
bodoh yang pandai
hina yang mulia
tak dipandang dua mata

hidup takkan pernah terpuas untuk diri dan mereka

10.17.2011

habisnya sajak

suatu hari nanti aku akan lihat ke belakang dan tertawa
semua yang berlaku adalah manis masam pahitnya dunia

aku sudah buktikan apa aku ucapkan dulu
aku tak lemah untuk melutut merayu
aku kirim senyuman manis untuk kau dan dia
lalu berjanji menjadi kawan kau yang setia

bila aku mula melangkah
kau mula rasa goyah
kelakar bukan?
dia kau ada, aku kau inginkan
kau mahu bukan sekadar kawan
kau lupa kau yang tamatkan?
kau celaru, kau keliru. barangkali
aku disini tetap tak pergi
hadir sebagai sahabat yang setia disisi


teruskan dongeng ini sehingga sang penyair kehabisan sajaknya
picisan romantis untuk kau sudah tiada
noktah.

10.16.2011

indahnya nikmatnya

angin tiup sepoi-sepoi sahaja
di langit malam aku bersuara
indahnya duka
nikmatnya terluka

kalau aku tak tersungkur
aku takkan rasa calarnya parah
kalau aku tak disia
aku takkan lesu dimamah lelah

duka yang jarang dialami
setiapnya aku hayati

mencari pagi yang ditutup malam
mencari terang yang diselubungi kelam
perlahan aku merangkak
menyusun semula kepingan hati yang berselerak

malam-malam diiringi tangisan
berputar ligat lagu kesepian

satu malam aku berfikir
oh, macam ini rasanya
jiwa mati bila hilang cinta
dihadapan sahabat aku ketawa
mereka ingat aku gila
tidak ! aku cuma gembira
dapat merasanya, menikmatinya
bangkit dengan yakin lalu aku buka mata
walau masih ada sisa-sisa
aku sudah bersedia menghadap dunia
yang penuh sejuta rasa untuk diteroka
aku bersedia


rasakan segala rasa. jangan terlepas tiap satunya

10.14.2011

waktu berpisah

seperti mana kau pernah tangisi untuk mereka
kau akan lakukannya pada aku juga
dan seperti mana aku pernah tangisi untuk mereka
aku akan lakukannya pada kau juga
kita berdua tahu apa yang kita rasa
masing-masing tahu ia tak kekal selamanya

oleh itu,
biar kita isi masa yang ada
dengan memori indah
tanpa rasa gundah
hingga tepat waktunya kita berpisah

(mati untuk berkata-kata bila berfikir sangat kedepan)

10.13.2011

ada harapan

jika hidup harus berputar
biarlah ia berputar
akan ada harapan menunggu
seperti dahulu

kerana hidup sememangnya berputar
pasti akan berputar
supaya ada harapan lagi berlaku
terhebat dari dahulu


tamat yang satu. akan ada dua dan seterusnya

10.12.2011

4 5 4

seringkali aku nak ucap
tapi tak terucap
seringkali aku nak luah
tapi tak terluah
rasa itu aku diam
dalam dalam aku pendam
bait hikmat aku yang kau tunggu
tapi hanya kabur yang dituju
mengharap kau faham
apa tersirat didalam
mengharap kau tahu
apa yang aku mahu

tiga kata

10.11.2011

salah tak mengalah

resah, sakit , sebak
dibiarkan merebak
marah, sedih, terguris
tak beransur terkakis
dia punca yang tak bersalah
gara ego aku tak mengalah

'maaf' sukar diludahkan

10.10.2011

asap malam tadi

malam tadi.
asap-asap kembali.
tak dipaksa diberi.
sepenuhnya sudi sendiri.
sebatang dan tangan memetik api.
kuyu lemaunya hari bertukar warna.
tetiba teringat janji lama.
tidak akan sentuh racun binasa.
apa guna janji kalau tak dimungkiri.
bukan itu selalu kau aku dia semua lakukan?
masing-masing penipu.
masing-masing pendusta.
diam, kenang, rasa palat menghantui.
ambil. sebatang lagi.
ketawa dan gembira.
untungnya punya sahabat.
tempoh singkat namun rapat.
lama yang jauh tapi dekat.
ada berbeza fitrah, pelbagai cela.
wujud mereka hidup terbentuk sempurna.
senyum hati melompat ria.
terima kasih sahabat suka duka.
dan sekali lagi.
gila.
penuh ruang malam dengan asap sengsara.
tak peduli. mahu lagi lagi dan lagi.
seperti ingin membunuh diri.
gerombolan asap dicipta seni.
satu, dua sampai angka lima.
kepala goyang, kaki menari-nari.
asyik amat.
nada hati berlagu nikmat.

tik ! tik ! terdetik.
BERHENTI !!
fikir untuk fikiran.
fikir untuk dalaman.
asyik itu dimatikan.
sudah-sudahlah.
jangan jadi tegar hanya kerana malam tadi.
malam tadi hanya malam tadi.
jangan biar berulang lagi.
jangan diambil ubat tenang pembawa mati.
oleh itu mari berjanji.
janji pun diperharui.
akan cuba tanam di sanubari.
senyum lebar menjadi sinis.
mungkinkah azam akan menipis?
janji yang mungkin dimungkiri.
ketawa geli hati.
tak peduli.
sungguh tak peduli.

(malam 5 september 2011- perpisahan persahabatan dua bulan)

semua kenangan kembali. diiringi tembakau berapi.

tiada yang sudah

selamat pagi mentari
selamat malam bulan
dia masih disini
ketawa, termenung, diam

jalani waktu bersama si bayang
sedia menemani ikut dia tenang
seperti hari-hari
yang sudah-sudah
ia berulang

dia cuba bisukan terkenang
berlari dalam bulatan seorang
seperti hari-hari
yang sudah-sudah
ia berulang

ada lagikah tangan bisa dipegang
mampu buat dia beranjak terbang
seperti hari-hari
yang sudah-sudah
tak berulang

selamat pagi mentari
selamat malam bulan
dia masih disini
berjalan, melompat, melayang
seperti hari-hari
yang sudah-sudah
ia berulang


saat kau berlalu pergi, aku ingin biasakan diri.