9.27.2012

S.U.R.G.E.R.Y

maaf
kau akan ditarah untuk kedua kalinya
kerelaan aku membiarkan kau terluka
hanya mengimpikan kebaikan bersama

mohonku padaMu Tuhan
lalukan ia dengan tenang
seperti mana waktu pertamanya
sakit tak terasa
tinggalan hanya parut berbunga

dan pintaku Tuhan
ini yang terakhir
sungguh aku tak bisa
mendapat khabar meresahkan
dari insan mulia bersenjata

moga semua kan baik-baik saja :)

2 ulasan:

a n berkata...

harap segalanya ok buat kau,,,

ghost berkata...

bagaimana kalau yang ketiga akan berlaku selepas yang pertama dan kedua? tuhan tetap mendengar doamu, kawan sekalipun sudah kau ucapkan yang terakhir.