11.17.2011

sonata

melodi pilu
lirik melankolik
menyalur bait notnya
ke hati dan jiwa
merasuk
membawa aku hanyut
ke fantasi
segaris senyum terukir
dalam tangis

biar aku lemas

mimpi tak sempurna

dia
termenung hiba menahan rasa
hati berbelah
jiwa punah
begitu sahaja

dia terbaring sendirian
sahabat dijauhi, teman dibiarkan
hanya melihat hodoh bayangnya yang tak pergi

terkurung di jasadnya
sakit
lelah
parah
tragis bersandiwara drama ciptaan
jeliknya
tak siapa tahu

dia acap berfikir
kalaulah dia larut terpupus
dari pencinta yang gila
hikayat ini barangkali tak tereka
tak terwujud
namun..  cuma harapan menjadi mimpi
telahpun susuri jalan mati
merobek hati

tunggu kedua mata gelap. masih ingin bermimpi indah

11.15.2011

mati lagi

mencanang-canang datang
bertubi-tubi diserang
kau dan dia takkan kisah
hati aku berulang-ulang diratah
asalkan secebis aku dimiliki
kau semua pasti puas
melihat aku rebah
sambil memaki-maki
sesama sendiri
biarkan aku mati
sekali lagi
sepi

patutnya aku pupus, langsung tak perlu dikenang

11.12.2011

pilihan mana

jika campurkan milo dengan susu
takkan dapat pisahkan mereka kemudiannya
ia kekal begitu
selamanya
asap rokok yang keluar
takkan pernah masuk semula

kita takkan boleh berpatah balik
sebab itu memilih itu susah
perlu membuat pilihan yang tepat
dan selagi tiada pilihan yang dibuat
segala kemungkinan tetap ada
barangkali lisa, barangkali fazura, barangkalinya fasha
namun pilihan takkan di tangan sentiasa
sama ada kau pilih
atau kau hilang kesemuanya
yang mana ?

pilih atau tidak
hidup pasti juga bergolak

11.03.2011

hantu

aku masuk ke kamar
gelap
diterangi samar-samar cahaya malam
terlihat perempuan
disudut paling tepi
menjegil mata yang merah
hodoh
dadanya berlubang
darah pekat mengotori segenap ruang
aku kenal dia
aku terkedu
udara hanyir dipenuhi soalan
longlai aku dengan jawapan

kau milik aku
mataku ingin hanya memandang kau
kau kepunyaan aku
jantungku berdetak hanya untuk kau
aku jadi begini kerana kau

lalu dia tersenyum memeluk aku
aku diam takut
basah dengan peluh
darahnya turut membasahi tubuh

gigil ketakutan